Sunday, September 20, 2015

RESEPI ROTI BUN GEBU-GEBU MANIS ~ULI PAKAI TANGAN JE~


21 September 2015

07 Zulhijjah 1436





Assalamualaikum wbt..

Aktiviti hari minggu aku kali ni memang masakkk je kerjanya..Jayanya bapak anak-anak makan kat rumah tanpa ngelat makan kedai.. Alkisahnya petang semalam tiba-tiba teringin nak "meroti".. Auni pon dah macam ketagihan roti ala-ala ni..Google2 jumpa resepi di FB tapi tak ingat sape tuan tanah.. ampun!! Jenguk-jenguk bahan, lengkap!! Apa lagi, dengan bantuan Auni assistant sepanjang hayat Insyaallah, mulalah aktiviti meroti..






Bahan-bahan:
* Secawan air suam
* Sepeket yis 11g (mak pakai mauripan)

2 sudu makan margerin
2 sudu makan susu pekat manis
3 sudu makan gula
1 biji telur (dipukul manja)

Cara-cara:
Perap bahan bertanda* sehingga yis kembang.
Satukan bahan-bahan lain dalam besen
Masukkan yis tadi dan uli sehingga elastik.. (mak gaul kejap je malas..hehe)

Rehatkan doh sehingga kembang sekali ganda.
Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
Bentukkan dalam acuan sesuka hati..biarkan kembang sekali ganda barulah dibakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 30 minit. Bergantung kat oven masing-masing yer..
Bila dah masak sapukan marjerin untuk kilatkan..boleh makan begitu sahaja!! Yumms
Anyway, baki 3 ketul roti En.Suami bawa pergi outstation.. hehhe sedap la tu..

No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014 : NURUL HAFIZAN