Wednesday, June 4, 2014

Pengenalan

Teks : Nurul Hafizan 
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum... Salam sejahtera. 
Alhamdulillah syukur. Berpeluang mengendalikan blog sendiri hasil bimbingan Puan Zaila bt Mohamad yang merupakan salah seorang guru Kelas Asas Blog dan Penulisan, Akademi Bekerja Dari Rumah dan tidak ketinggalan terima kasih pada kak "Rahayu Rashid" membuka jalan saya mengenali akademi ini.






Nama saya Nurul Hafizan Abdul Rahman. Dilahirkan dan dibesarkan di Terengganu. Berusia 29 tahun dan telah berkahwin dengan Mohamad Arif b. Jamaluddin, seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Mempunyai sepasang anak syurga, Auni Qistina 3 tahun dan Muhammad Arfan 4 bulan. 

Kerjaya

Berkelulusan Sijil Rekabentuk Grafik dari Politeknik Johor Bahru (sekarang dikenali sebagai Politeknik Ibrahim Sultan). Sebelum menjawat kerjaya terkini sebagai Pembantu Penerbitan di salah sebuah universiti pendidikan terawal, pelbagai pekerjaan telah dilakukan iaitu pereka grafik, kerani dan tidak ketinggalan pernah bekerja di 7 Eleven. 

Minat dan Kemahiran

Suka makanan "homemade", semestinya dimasak dengan kasih sayang dan mendorong minat utama saya adalah memasak! Pelbagai resepi menu masakan dikumpul dan diaplikasikan di dapur sendiri terutamanya resepi pantai timur. Lulus ujian membuat "nasi dagang ikan tongkol" yang agak renyah dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Suami dan anak yang lebih suka makan di rumah membuatkan saya lebih bersemangat pelbagaikan menu masakan. Saya, sebagaimana ibu-ibu lain yang mempunyai anak kecil, memang mengambil berat tentang pemakanan anak-anak. Disebabkan itu, saya cuba untuk lebih banyak membaca tentang pemakanan kanak-kanak dan berusaha memberikan yang terbaik untuk anak saya. 

Shaklee Di Hatiku

Berpengalaman menyusukan anak adalah momento terindah dalam hidup. Seperti ibu bekerjaya lain, saya akui penyusuan anak secara ekslusif adalah sangat mencabar. Jatuh cinta pandang pertama dengan Shaklee setelah mencuba set asas penyusuan bila mana terpaksa mengepam susu untuk si kecil dan tinggalkan kepada ibu di rumah untuk menjaga suami yang terlibat dengan kemalangan jalan raya. Syukur dipertemukan, sehinggalah sekarang saya masih mengamalkan pengambilan suplemen hebat dari Shaklee untuk meneruskan penyusuan ekslusif untuk bayi kedua saya. Saya juga Shaklee Independent Distributor (SID) aktif.

Hubungi saya

Sehingga berjumpa lagi. Semoga segalanya dipermudahkan dan diberkati Allah. 

Sekiranya anda berminat untuk mengenali dan bertanya dengan lebih lanjut tentang diri saya penulis blog ini,sila lawati di laman sosial facebook saya Nurul Hafizan Arif dan juga fanpage jualan produk Shaklee saya Vitahealthcare & Beautyhouz mahupun email terus kepada saya di nurulhafizan.rahman@gmail.com.

Wassalam.
Nurul Hafizan Abdul Rahman










1 comment:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : NURUL HAFIZAN