Wednesday, July 16, 2014

RESEPI ROTI PURI

Teks : Nurul Hafizan
Gambar : Koleksi Peribadi

Bukan senang sebenarnya hendak jadi wanita bekerja dan merangkap isteri dan ibu. Biasanya hari mereka hanya hujung minggu sahaja. Teringin juga kan nak sediakan makanan air tangan untuk suami dan anak-anak. 

Meh saya kongsikan resepi yang sangat mudah dan pantas serta mengenyangkan..Bukan setakat senang, mak-mak boleh ajak anak-anak membuatnya bersama-sama. Mesti gembira bila dapat memasak bersama kan?

Bahan-bahan:-

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis (mauripan)
1/2 sudu kecil garam**
3 sudu besar minyak masak**
2 sudu besar gula**
175ml air panas**

cara:-

satukan bahan tanda ** kacau hingga gula larut
satukan tepung gandum dan yis
campurkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh
canai dan goreng!

Sebenarnya dah beberapa kali buat roti puri ni.. memang sangat pantas penyediaannya sesuai sangat untuk makan pagi dan minum petang.. cicah pulak dengan sambal sardin atau kuah kari.. Memang terangkat!




No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014 : NURUL HAFIZAN