Ketagihan terbaru! Telah menjadi pencuci mulut kegemaran kami sekeluarga. Percubaan pertama yang berjaya kerana puding ini sangat sedap dan diulang-ulang pembikinannya dari 5 biji telur ke 10 biji telur. Penyediaan yang sangat mudah dan pantas!
Apa kata anda mencuba resepi puding yang sangat ringkas ini untuk hidangan keluarga. Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini.....
Bahan bahan:
5 biji telur gred A
1 tin susu cair
1 tin air
Sedikit vanilla extract
Sesudu besar gula
8-10 sudu besar gula pasir - untuk gula hangus
Cara cara:
Goreng gula sehingga menjadi cair dengan api perlahan. Setelah cair, sudukan gula hangus dengan cepat ke dalam loyang atau bekas kecil. Ketepikan. (saya memasukkan setengah cawan air panas untuk mengurangkan rasa manis gula tersebut. Perlu dikacau laju-laju untuk mengelakkan ianya berketul)
Pukul telur manja-manja sehingga hancur di dalam mangkuk.
Di dalam periuk lain, panaskan susu cair bersama air, gula dan vanila extract. Kacau sehingga gula hancur dan tuangkan ke dalam mangkuk telur tadi.
Tapiskan bancuhan ke dalam loyang yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 20-30 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Sedap dihidangkan sejuk sejuk. Nyum-nyum!
Tapiskan bancuhan ke dalam loyang yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 20-30 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Sedap dihidangkan sejuk sejuk. Nyum-nyum!
Jika mahu tekstur yang tak berlubang, jangan dikacau adunan hingga berbuih kemudian ditapis sebelum dituang dalam mangkuk dan dikukus.
Selamat Mencuba!
Iklan:
PROMOSI OKTOBER!
ESP BELI 6 PERCUMA 1!
Hubungi:
Email : nurulhafizan.rahman@gmail.com
Sms / Whats App : 012-3356406
Facebook : Nurul Hafizan Arif
No comments:
Post a Comment