Sunday, November 8, 2015

RESEPI TOK AJI SERBAN a.k.a PULUT SEKAYA

Assalamualaikum...

Kita bersiaran kali ini dengan kuih tradisional Terengganu TOK AJI SERBAN. Macam kelakar je namanya. Tapi rasa dia ummp!! Korang pernah makan tak? Tok aji serban ni memang popular di Terengganu, lagi-lagi kalau dibulan puasa. Kuihnya hampir menyerupai dengan seri muka tapi yang ini bukan warna hijau atas tapi warnanya coklat-coklat gitu.. sebab guna nisan @ gula melaka.... Rasanya pula macam sekaya dan di lapisan bawah pula adalah pulut. DiTerengganu kuih ini senang cari di Pasar Malam atau Pasar Tani. Warung tepi jalan pun ada, tapi bergantung kepada pembuatnya, ada yang sedap atau sesuai dengan tekak. Dan harganya agak mahal juga!

Hidup diperantauan perlulah bersiap siaga dengan tekak yang selalu minta macam-macam makanan tradisi. Melayan tekak maka terhasillah Tok Aji Serban air tangan sendiri. Hasilnya memuaskan, tapi boleh di'improve'kan lagi.


RESEPI TOK AJI SERBAN


Bahan-bahan
Lapisan Bawah

2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam


Lapisan Atas

3 cawan santan pekat
Sekeret nisan / 1 cawan gula melaka
5 biji telur
1 s/t garam


Cara Memasak
Lapisan Bawah

Basuhkan pulut dan rendamkan sejam (aku rendam setengah jam saja)
Buang air dan gaulkan bersama santan dan garam. 
(Simpulkan sehelai daun pandan untuk mewangikan)
Kukuskan 20 minit atau sehingga masak.
Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik. 

Cakarkan sedikit menggunakan garfu untuk mengelakkan pulut bercerai dengan sekaya.
Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.


Lapisan Atas

Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
Kukuskan lebih kurang 30 minit.
Sejukkan dahulu baru potong.

Pulut yang sudah siap dikukus. Mampatkan dan cakarkan sedikit.
Bancuhan untuk sekaya.
Bersedia untuk dikukus sekali lagi.
Tu dia! dah masak. 
Orang dah cakap SEJUKKAN dulu baru potong! Dasar kurang kesabaran di situ.
Benyet-benyet jadinya daku makan panas-panas! hahaha

Ps : Aku sertakan link Wikipedia untuk korang yang tak tahu apa itu Tok Aji Serban. hehehe..

12 comments:

  1. Saya ada cuba buat. Cuma nak cari petua camana nk kurangkan bau hanyir telur tu ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya letak esen vanila. alhamdulillah kurang bau hanyir telur

      Delete
    2. Sy dah cuba letak esen vanila mmg xde hanyir..tq :))

      Delete
  2. petang ni nak buat. encik asben requst hehe

    ReplyDelete
  3. petang ni nak buat. encik asben requst hehe

    ReplyDelete
  4. maaf tanya. ketebalannya cantik elok ye dgn loyang 9inch? x nipis x tebal sgt la ye ats bwh?

    ReplyDelete
  5. kenapa sy punya cairan gula melaka dan telur menyerap dalam pulut..

    ReplyDelete

Designed by UMIESUEstudio 2014 : NURUL HAFIZAN