Friday, November 6, 2015

HAKIKAT PERSAHABATAN

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah SWT ini. Dalam kiraan hari hendak menjangkau usia 30 ini, aku masih terfikir SIAPA yang betul-betul menjadi kawan. Kawan yang sangat baik. Sentiasa ada dikala serabut, tatkala aku banyak sangat masalah, tatkala kabur disebabkan perihal manusia yang pelbagai.

Tapi, semenjak tahu erti kehidupan ini, banyak perkara buat aku makan hati dengan perangai kawan-kawan, banyak perkara buat aku terkilan, banyak beralah dengan mereka. Namun semuanya mematangkan aku untuk menghadapi langkahan pada masa hadapan. 

DAN berapa ramai dalam kalangan mereka yang betul-betul menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang KAWAN? 

  1. KAWAN bukan seorang yang sentiasa ada di mana kita ada, sentiasa buat perkara yang sama dengan kita, sentiasa bergelak ketawa dengan kita, tapi KAWAN ialah seorang yang sudi dengar masalah kita, dan membuatkan kita tenang, bukan bertambah serabut.
  2. KAWAN tidak boleh dibina dalam masa sekejap, KAWAN perlu dibina dengan masa yang sangat panjang. KAWAN yang dibina dalam masa sekejap, dia tidak mampu mengenal siapa diri kita.
  3. Kalau kawan kita selalu buat kita terasa, maka tinggalkanlah dia. Dia tak layak digelar KAWAN.
  4. Jadilah seorang KAWAN yang baik, dan bila kita bertemu dengan KAWAN yang baik, jangan tinggalkan dia. Hargailah dia.
"BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA"

Dan aku tidak menyatakan aku ini seorang manusia yang mampu menjadi RAKAN yang baik pada kalian. Masih berusaha memperbaiki diri. Masih bermuhasabah diri, adakah perilaku aku buat orang suka atau sebaliknya. 


Jangan sia-siakan masa, kalau ada KAWAN anda yang mula menjauhkan diri, berusahalah TURUNKAN EGO dan sambungkanlah UKHUWAH yang longgar itu...

Sebab andai tercabut, menyesal kemudian tiada berguna.

No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014 : NURUL HAFIZAN