Monday, November 17, 2014

JERUK MANGGA ASAM BOI

Dah jadi viral sekarang ni…buka je facebook….newsfeed penuh dengan status Jeruk Mangga Asam Boi…saya ni memang penggemar jeruk…mangga manis macam kurang sikit… 

Ramai pula yang ambil kesempatan berniaga, tetapi ada segelintir yang menggunakan cara yang salah dengan menggunakan gambar dari pihak lain. Bukannya apa, gambar menunjukkan yang Jeruk Mangga Asam Boi ni sedappppp sangat2. Tetapi bila order sampai ditangan, indah khabar dari rupa. Kalau sedap tidak mengapa (sebab sendiri sudah terkena).

Disebabkan minggu lepas pengasuh budak-budak sedekahkan mangga muda, apa lagi saya cuba buatnya sendiri. Bila tengok cara-cara penyediaannya, tidaklah susah. Senang sangat-sangat. Kos untuk menyediakan pun tidaklah banyak mana pun, cuma kena rajin sahaja ya!

Rezeki.. Pengasuh Auni Arfan sedekahkan buah mangga.

Resepi Jeruk Buah Mangga Asam Boi
  • Mangga Muda (Suka hati banyak mana korang nak buat), (saya buat 3 biji besar)
  • Sepeket Asam Boi (RM3) - (Saya guna separuh aje.Anggaran 20-25 biji)
  • Cili Padi potong kecil (Ikutlah nak pedas buh banyak sikit, saya tak letak pun sebab si Auni mesti nak menyibuk..hehe)
  • Gula - 10 sudu besar
  • Garam - tambahan (saya tak letak sebab asam boi dah masin)

Cara-cara buat Jeruk Mangga Asam Boi
  • Basuh dan potong mangga muda tadi mengikut citarasa anda.
Abaikan kehenseman potongan buah mangga yang tak sekata.
  • Potong juga cili padi, nak lebih pedas letak banyak.
  • Satukan semua bahan dan letakkan dalam 1 bekas, tutup rapat dan sejukkan didalam peti sejuk selama 4-5 jam, lagi lama lagi sedap.
Siap! letak dalam bekas simpan dalam peti.
Gambar sesudah memang tak ada. Sebab dah habis! 

Kita sudahi dengan gambar mangga Epal.. laagi sedap kata kau! 

Mangga epal! Semestinya lagi sedaaappp...
Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014 : NURUL HAFIZAN