Monday, June 30, 2014

RESEPI MEE KARI TERBAIK

Teks : Nurul Hafizan
Gambar : Koleksi Peribadi

Mi kari..bila disebut boleh terbayangkan mi kuning disimbahi kuah kari (tambah-tambah letak kerang), dihiasi telur rebus,cili potong..memang MENYELERAKAN..tapi yang agak malang bagi saya, kesukaran menemukan mi kari terbaik, yang boleh lalu dek tekak ni..Biasanya kuah terlalu cair, rasa out, tapi harga mahal tak berbaloi langsung!

Biasalah kalau jiwa dah mak-mak ni..semuanya hendak dibuat sendiri..Hati ini yakin boleh buat sendiri! Bermulanya ketika buat rumah terbuka untuk jiran-jiran dan rakan terdekat..Menu pertama sudah ada,nasi ayam..Hendak digandingkan dengan mi goreng,bihun goreng, kedengaran biasa-biasa sahaja..Terfikirkan menu mi kari..Setelah jenuh menggodek Haji Google dan resepi telah diubah suai mengikut citarasa, akhirnya.. terjadilah Mee Kari tersedap pernah saya makan.Bukan nak puji diri sendiri, komen dari suami, adik beradik, jiran-jiran dan rakan-rakan yang cakap SEDAP! Untuk pengetahuan, ini juga menu POTLUCK pejabat dua minggu lepas!


Bahan Mee Kari

  • 2 kg mee kuning dicelur sebentar (kalau jemputan ramai, lebihkan)

Bahan Kuah Mee Kari
  • 1/2 kg ayam dipotong kecil
  • 1 - 2 kg kerang direbus dan ambil isinya (saya guna kerang siap kopek-rebus bersama asam keping dan garam)
  • 400 gm udang – dibersihkan dan kulitnya direbus. (Simpan air rebusan untuk kuah)
  • Isi udang dikisar
  • 2 ekor ketam - dibelah dua (penambah perisa)
  • 4 keping kek ikan -  dipotong sederhana nipis
  • 1 peket bebola ikan - dibelah dua
  • 1 paket rempah kari daging
  • 1 paket rempah kari ikan
  • 1 keping Asam Keping
  • 2 ketul ubi keledek – direbus dan dikisar (saya guna ubi kentang je)
  • Santan - 1 kg
  • Tauhu Pok - secukupnya (digoreng dahulu dan potong)
  • Garam secukup rasa
Bahan Tumis
  • 10 biji bawang merah hiris nipis
  • 4 biji bawang putih hiris nipis
  • halia dihiris nipis
  • bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis
  • Daun kari
  • Minyak untuk menumis
Bahan Tambahan
  • Telur direbus
  • Sawi dipotong dan dicelur
  • Taugeh
  • Bawang goreng
  • Cili merah dipotong nipis
  • Daun sup & daun bawang


Cara Masak Mee Kari

  1. Tumis bahan tumisan. Bila naik bau, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  2. Bila dah pecah minyak masukkan ayam. Kacau 3-4 minit.
  3. Masukkan udang kisar dan ketam yang dibelah dua.
  4. Masukkan air rebusan udang.
  5. Kacau hingga sebati, bolehlah tambahkan santan.
  6. Bila mendidih masukkan kek ikan dan bebola ikan serta asam keping.
  7. Masukkan ubi keledek/kentang yang telah dikisar.
  8. Jika suka bolehlah masukkan tauhu pok yang telah digoreng tadi.
  9. Akhir sekali masukkan kerang dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. Jangan masak kerang terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.
Masukkan garam secukup rasa.


Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014 : NURUL HAFIZAN