Monday, September 28, 2015

CERITA BALIK KAMPUNG : SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA

28 September 2015 (Isnin)
14 Zulhijjah 1436

Ku menaip entry ni di petang Isnin yang syahdu kat ofis..Mood bekerja kelaut kerana mood bercuti masih bersisa..Entry benda seronok. Cerita balik kampung..Yay!! Balik kampung! 

Plan asal nak balik hari Selasa malam, En. Suami awalkan lagi petang..Sampai je dari Tangkak kami terus gerak. kali ni Along tumpang..yelah asalnya nak balik Kelate tapi tak jadi..hahahaha..bolehla buat peneman Auni dan Arfan kat belakang. Takde lah bosan sangat budak-budak tu.

Jom layan-layan gambar-gambar kami..Harap jangan mual..muahahhaaa..

Korang tengok. Tak pernah nak elok suami aku bergambar.
Dalam perjalanan, baru dekat Batang Kali
Sampai Temerloh ngam-ngam waktu puncak, jam 8 malam. Jenuh mencari parking. Santap dulu (suami berpuasa) perut lapar. Lepas makan, mandikan anak-anak kami sambung perjalanan balik. Sungguh! ada LPT2 perjalanan terasa makin dekat. Temerloh ke Paka ambil masa 2 jam setengah sahaja. Rasa tiap-tiap minggu nak balik hokehh (ayat over haha).. Jam 11.30 malam kami sampai rumah mek. Mek kesibukan membungkus tapai. (Gambar tak ada dah malam)

Ini ketupat palas namanya. Wallahh!!
Balik kali ni umpama Family Gathering. Semua ada kecuali kekanda aku tak balik. Beraya kat pelantar Labuan. Terasa sangat berkualiti sebab masa semuanya dihabiskan dengan aktiviti kekeluargaan. Sempatlah kami "mini" berkelah bawa mek ayah kat Pantai Tanjung Bidara. Tak plan nak mandi tapi budak-budak ni mandi jugak. Nasib bawak baju lebih.


























Muhammad Fawwaz...

Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang kami buat. Nak tau? makan-makan-makan-makan dan makan lagi. Next entry aku ceritakan lagi nikmatnya kekeluargaan setelah beranak 3 ni..

sekarang mood nak balik rumah pulak..daa..

No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014 : NURUL HAFIZAN