Musim Panas! musim yang sesuai untuk minum dan makan makanan sejuk. Antaranya adalah cendol! Mencari dimana cendol sedap di kawasan jajahan Hulu Selangor ni ye. Erm.
Hasil tangkapan di Facebook menemukan kami dengan tempat makan cendol best di Batang Kali.
Cendol Durian dan rojak
Fuhhhh!!!
Yang ni belut paprik. Aku tak makan en.suami je layan belut ni.
tapi kuah dia sedap.hee
Ada beberapa pilihan cendol yang ada disini iaitu Cendol biasa, Cendol Pulut dan Cendol Tapai dan Cendol Durian. Selain dari cendol ada juga Laksa Utara, bermacam jenis Rojak, nasi ayam dan bubur nasi. Kedai ini juga turut menyediakan masakan goreng panas. Masakannya juga sedap!
Kombinasi terbaik apabila boleh minum petang cendol dengan laksa! Harga amat berpatutan. Tempat yang boleh disinggah untuk melepaskan rasa penat dan dahaga ketika pemanduan. Yang penting kena cuba dulu! Lain orang lain seleranya.
Lain kali boleh datang singgah makan cendol disini lagi. Nak makan cendol? Boleh terjah alamat dibawah:
Cendol Pak Samat
Lot 532 Jalan Besar
Kampong Sentosa
44300 Batang Kali
Selangor Darul Ehsan
Kalau korang memandu (jalan dalam) ke Utara kedainya sebelah kiri selepas trafik light. Tapi kalau ke arah Selatan kedainya sebelah kanan. Alahh senang je..