Wednesday, October 15, 2014

CARA PENGAMBILAN SUPLEMEN SHAKLEE

Assalamualaikum...

Ramai yang bertanyakan saya untuk mengetahui cara pengambilan suplemen Shaklee dengan betul. Cara pengambilan yang salah mungkin akan melambatkan penyerapan suplemen tersebut. Dalam entri kali ini, saya akan kongsikan cara-cara yang betul dan ianya sangat penting untuk pengamal Shaklee seperti saya.

Gambar: Ehsan Google


UNDANG-UNDANG ASAS : DO

  1. Vitamin Larut Air (B & C) Seelok elok nya di ambil dengan segelas air dan elak kan pengambilan makanan yang berlemak / berminyak.
  2. Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K)Di ambil selepas mengambil makan berminyak/berlemak sebab vitamin larut lemak memerlu kan lemak untuk memudah kan penyerapan.
  3. OsteMatrix (Calcium)Seelok nya di ambil bersama produk tenusu seperti susu. So make sure calcium anda mempunyai magnesium sebab magnesium membantu calcium lebih mudah untuk di serap.
  4. Iron Di ambil bersama Vitamin C sebab iron perlu kan vitamin C untuk lebih mudah di serap.
  5. Zinc Di ambil bersama makanan. Kurang makanan, boleh menyebab kan loya.
  6. Pengambilan air putih sebanyak 2-3L sehari.
  7. Ambil vitamin selepas makan kerana penyerapan vitamin lebih baik jika diambil bersama makanan.
  8. Vitamin sustained released (terkandung di dalam Vitamin C Shaklee) bagus diambil bersama makanan kerana nutriennya dilepaskan perlahan-lahan. Makanan membantu fungsi sustained released tersebut.
  9. Vitamin dan mineral terbaik diambil bersama-sama untuk penyerapan optimum. 
  10. Zinc diambil bersama makanan, kurang makanan boleh menyebabkan loya.
  11. B Complex terbaik diambil waktu pagi untuk keberkesanan unggul.
  12. Vitamin C terbaik diambil selepas makan pagi (asid askorbik dikhuaitiri menyebabkan sakit perut). Ambil Vitamin C waktu pagi sebagai persediaan menghadapi radikal bebas.

UNDANG-UNDANG ASAS : DON'T!

  1. Alfalfa + Vitamin E. Elak kan pengambilan Alfalfa bersama Vitamin E kerana alfalfa akan menggangu penyerapan vitamin E.
  2. Kalsium + IronKalsium akan menghalang penyerapan iron. Vita Lea mempunyai iron. Jadi, elak kan pengambilan bersama OsteMatrix. 
  3. Alfalfa + GLA Complex kerana GLA Complex mempunyai vitamin E. 
  4. Vitamins + Kafein. Pengambilan vitamin bersama kafein seperti teh & kopi akan mengurang kan keberkesanan penyerapan vitamin.
  5. Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil Vita Lea kerana mempunyai iron.


CADANGAN UNTUK JADUAL PENGAMBILAN SUPLEMEN DAN VITAMIN SHAKLEE

  1. Selepas sarapan -  (8am-10am) : 1 biji Vita Lea, 1 biji Vita C @ B-complex.
  2. Minum Pagi - (10am-12am) : 1 gelas ESP / Meal Shake / Performance Drink.
    (atau boleh campurkan ESP + MS / ESP + MS + PD)
  3. Selepas makan tengahari -  (12pm-2pm) : 1 biji B Complex @ Vita C, 2 biji Alfalfa.

    (Pengambilan Alfalfa bergantung kepada kesesuaian badan individu. Pengambilan maksimum untuk alfalfa ialah 10 biji*)
  4. Minum petang -  (2-6pm) : 1 gelas ESP / MS / PD.
  5. Selepas makan malam -  (6pm-9pm) : 1 biji Omega, 1 biji Lecithin, 1 biji Vita E.
  6. Sebelum tidur - (10pm-12am) : 2 biji OsteMatrix.

TIPS TAMBAHAN

  1. Mereka yang mengambil Lecithin untuk tujuan berdiet atau merendahkan kolesterol, ambil 2 biji selepas sarapan, 2 biji selepas makan tengahari, 2 biji  selepas makan malam beserta dengan 2 biji alfalfa.
  2. Pengambilan Zinc Complex boleh diambil seminggu 2 kali kecuali sebiji sehari untuk mereka yang mengalami masalah rambut serius.
  3. Masa terbaik untuk mengambil Alfalfa Complex untuk ibu menyusu ialah selepas selesai mengepam susu dan ESP sebelumnya. 

UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT LAGI TENTANG PRODUK SHAKLEE:

Hubungi:
Nurul Hafizan (ID: 1085422)
Pengedar Shaklee Pilihan No.1 Rakyat Malaysia



 SMS/WHATSAPP ke 012-3356406 

Tuesday, October 14, 2014

PUDING KARAMEL

Assalamualaikum..



Ketagihan terbaru! Telah menjadi pencuci mulut kegemaran kami sekeluarga. Percubaan pertama yang berjaya kerana puding ini sangat sedap dan diulang-ulang pembikinannya dari 5 biji telur ke 10 biji telur. Penyediaan yang sangat mudah dan pantas!


Apa kata anda mencuba resepi puding yang sangat ringkas ini untuk hidangan keluarga. Jom kita tengok resepi yang saya gunakan hari ini.....

Bahan bahan:


5 biji telur gred A
1 tin susu cair
1 tin air
Sedikit vanilla extract
Sesudu besar gula

8-10 sudu besar gula pasir - untuk gula hangus

Cara cara:

Goreng gula sehingga menjadi cair dengan api perlahan. Setelah cair, sudukan gula hangus dengan cepat ke dalam loyang atau bekas kecil. Ketepikan. (saya memasukkan setengah cawan air panas untuk mengurangkan rasa manis gula tersebut. Perlu dikacau laju-laju untuk mengelakkan ianya berketul)

Pukul telur manja-manja sehingga hancur di dalam mangkuk.

Di dalam periuk lain, panaskan susu cair bersama air, gula dan vanila extract. Kacau sehingga gula hancur dan tuangkan ke dalam mangkuk telur tadi.

Tapiskan bancuhan ke dalam loyang yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 20-30 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Sedap dihidangkan sejuk sejuk. Nyum-nyum!

Nota:

Jika mahu tekstur yang tak berlubang, jangan dikacau adunan hingga berbuih kemudian ditapis sebelum dituang dalam mangkuk dan dikukus.

Selamat Mencuba!


Iklan:

PROMOSI OKTOBER!
ESP BELI 6 PERCUMA 1!

Hubungi:


Email : nurulhafizan.rahman@gmail.com

Sms / Whats App : 012-3356406
Facebook : Nurul Hafizan Arif


AIR TANGAN IBU BEKERJA

Assalamualaikum semua...

Tidak dinafikan ramai dalam golongan ibu-ibu yang bekerja yang suka beralasan TIADA MASA hendak menyediakan juadah untuk anak-anak hatta sarapan pagi. Pemilihan makanan 'instant' seringkali dilihat sebagai tabiat yang sukar dibendung. Dan kita sendiri sedia maklum kandungan dalam makanan 'instant' tersebut amatlah tidak sihat.


Oleh sebab kesedaran yang tinggi, saya ambil inisiatif untuk memasak sendiri 'BENTO' anak-anak ke rumah pengasuh. Mujurlah si matahari sulung bukan jenis memilih makanan. Kegemaran yang tidak boleh ditinggalkan ialah semua jenis pasta tidak kira makaroni, spagetti, spiral dan lain-lain yang dimasak sup atau digoreng. (omputeh sungguh)!


Saya ingin kongsikan beberapa perkara mudah yang boleh dibuat oleh ibu-ibu sibuk yang mahu menyediakan bekalan untuk anak-anak tersayang. Tetapi perlu diingat, memasak juga memerlukan KEBIJAKSANAAN dan PERANCANGAN AWAL juga. 





TIPS 

  1. Kami anak beranak memang suka makan makanan yang berasaskan sup seperti sup ayam dan tulang. Tidak ketinggalan soto yang biasanya wajib dimasak sebulan sekali. TIPS yang paling senang untuk memudahkan ibu-ibu menyediakan makanan untuk anak-anak JANGAN BUANG lebihan sup tersebut. Tapis sup tersebut dan simpan di dalam bekas yang bersaiz kecil dan bekukan di bahagian freezer. Bila-bila masa sahaja anda boleh gunakan hanya perlu panaskan dan tambahkan semula ayam/daging dan juga sayur-sayuran. Kan senang...
  2. Cara mudah untuk menyediakan makanan bergoreng untuk anak-anak ialah dengan PES segera gorengan dengan kuantiti yang banyak. Mudah sahaja! Bekukan di bahagian freezer dan sedia untuk digunakan bila-bila masa sahaja. Resepi pes ini juga sesuai untuk anak-anak yang tidak gemar makan sayur. Sebenarnya, resepinya adalah sama dengan homemade sos bolognese.Nak tahu resepi?

    RESEPI PES GORENGAN SEGERA

    5 biji Tomato masak ranum - buang biji
    2 biji Bawang putih
    1 biji Bawang Holland
    1/2 batang Saderi (nak lebih pun boleh)
    1/2 batang Lobak merah

    Semua bahan dikisar menggunakan sedikit air dan tumis menggunakan minyak zaitun dengan api yang kecil sehingga bertukar warna. Tambah sedikit gula perang untuk seimbangkan rasa masam manisnya. Asingkan di dalam bekas kecil dan bekukan di bahagian freezer. Selamat mencuba!
  3. Sekiranya mahu memasak mi, spageti atau bihun dengan cepat untuk sarapan pagi, pastikan sebelum tidur anda telah menyediakan bahan basah terlebih dahulu dan menyimpannya di dalam peti ais. Esok hanya tinggal campak ke dalam kuali sahaja! Siap!=)
  4. Untuk bubur bayi, saya mencadangkan penggunaan slow cooker. Harga tidaklah terlalu mahal dan sangat berbaloi sebenarnya. Letak beras dan air dan tunggu sahaja menjadi bubur keesokan harinya. Hanya perlu menambah lauk dan sayuran sahaja. Siap!
Pon Pon!! BENTO dah siap!

Diharap dengan sedikit sebanyak perkongsian ini akan memudahkan lagi ibu-ibu di luar sana. OK lah di lain entry kita sambung ye!







Monday, October 13, 2014

TIPS CEPAT MEMASAK UNTUK IBU YANG SIBUK

TIPS CEPAT MEMASAK 

Saya hendak kongsikan bagaimana  tips cepat memasak untuk ibu-ibu bekerja di luar sana. Juga boleh diaplikasikan untuk memasak seharian untuk sekeluarga. Memanglah di Malaysia ni banyak kedai yang menyediakan menu yang sedap, tetapi tidak terjamin kebersihannya. Tapi takkanlah hari-hari nak makan di kedai, jemulah. Seboleh-bolehnya biarlah 'air tangan' ibu atau isteri untuk santapan suami dan anak-anak. 

Penyediaan bahan mentah
  1. Seminggu sekali memang saya meWAJIBkan diri ke pasar untuk membeli barang-barang basah keperluan seminggu. Ketika membeli, minta penjual potong siap-siap bahan mentah tersebut. Contohnya; kalau minggu tu kita nak buat sup ayam, minta penjual ayam potong kecil-kecil ayam kita tu, kalau nak buat nasi ayam, potonglah empat. Elakkan beli ayam seekor yang kita terpaksa potong sendiri di rumah.
  2. Jika ikan, minta penjual buang terus sisik dan potong ikan yang dibeli kepada beberapa bahagian yang kita nak. (kalau beli ikan besar-besar macam siakap, kalau beli ikan kembung, siang sendiri la di rumah).
  3. Jadi, bila bahan mentah dah siap dipotong mengikut menu kita, balik rumah kita hanya perlu membersihkannya. Bila dah siap cuci, bungkus bahan mentah mengikut kegunaan harian, jangan masuk semua dalam satu bekas atau satu plastik sebab ia akan menyukarkan kita bila nak masak nanti.

    Saya terus mengasingkan dalam bekas-bekas yang kecil bersesuaian dengan keperluan memasak. Contohnya, untuk masakan anak-anak seharian, asingkan ayam, ikan, udang dan lain-lain ke dalam bekas-bekas mini. Cukuplah defrost sebekas kecil, tak perlu keluarkan kesemua bahan basah tersebut.
  4. Begitu juga dengan pemilihan sayur, pastikan sayur yang dipilih segar. Asingkan sayur mengikut jenis. Tips sebelum anda menyimpan sayur berdaun, pastikan dibasuh dan keringkan barulah diasingkan dalam beg plastik. Simpan sayur mengikut jenis bukan dicampur terus dengan semua jenis.

Teknik Memasak Satu Lauk Lengkap

Satu lagi tips yang boleh digunapakai. Masak satu lauk lengkap seperti tomyam, paprik, sweet sour, masak kicap atau apa jua yang boleh dimasukkan ayam, ikan, udang beserta sayuran ke dalam satu periuk. Apa jenis lauk tu tidak penting, yang penting cukup khasiatnya!

Satu lagi cara ialah tidak perlu masak sayur, makan sahaja ulam-ulaman segar. Cara ini lebih sihat kan?


.......................................................................................................................................................

Antara tips-tips yang selalu saya amalkan di dapur, memudahkan dan menjimatkan masa. Perasaan sangat gembira apabila dapat menyediakan makanan yang terjamin dari segi kebersihan. Walaupun penat memasak, air tangan pasti akan ada kesannya jika selangi dengan selawat dan zikir. Suami bertambah cinta, anak-anak suka dan kita juga bahagia! Ingatlah memberi itu lebih bahagia dari menerima…

Kita bersambung pada Bahagian Dua 'AIR TANGAN IBU' pada masa akan datang..


Assalamualaikum..
Ikhlas dari hati
nurulhafizan Rahman



Designed by UMIESUEstudio 2014 : NURUL HAFIZAN