Monday, June 30, 2014

SET UNTUK SAKIT KEPALA / MIGRAIN SHAKLEE

Menderita bila diserang migrain? Cuba cari penyelesaian jangan dibiar melarat kesakitan tu... Hendak buat kerja pun tidak menjadi bila sakit kepala berterusan.

Bagaimanakah cara mengurangkan kesakitan migrain: 

*Mengawal pemakanan harian
*Mengurangkan stress dengan bersenam
*Mengamalkan cara hidup teratur
*Berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migrain.
*Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migrain. 
*Pengambilan ubat-ubatan seperti panadol ataupun ponstant hanya mampu mengurangkan kesakitan migrain untuk jangka masa pendek sahaja. 

Migrain akan kembali menyerang tanpa amalan gaya hidup yang sihat. Tambahan pula, ubat-ubatan penahan sakit mempunyai kandungan dadah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita untuk jangka masa panjang. Pengambilan ubat-ubatan dengan kandungan dadah yang berlarutan boleh menyebabkan masalah-masalah lain khususnya kepada wanita seperti kesukaran untk mendapatkan zuriat ataupun risiko memperolehi bayi yang tidak sihat/cacat.

*Sakit kepala yang berlarutan boleh menyebabkan migrain. Jika kita mencapai tahap kritikal migrain ia boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitif kepada bunyi dan cahaya.


Apakah Vitamin Shaklee yang Sesuai untuk pesakit MIGRAIN?



Gabungan OSTEMATRIX & B-COMPLEX adalah vitamin Shaklee yang terbaik untuk pesakit migrain. Ini kerana:

B Complex


Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.

Ostematrix (Kalsium, Magnesium)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda perlulah menjaga pemakanan anda. Begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti harian dan sebagainya. Serta, pertimbangkanlah tentang mengambil vitamin/supplemen sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

Sebarang pertanyaan, konsultasi, dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Nurul Hafizan Abdul Rahman
♥ sms/whatsApp/Call: 012- 3356406
♥ Emel :hafizan.rahman@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/Vitahealthcare & Beautyhouz sila klik LIKE utk info terkini

RESEPI MEE KARI TERBAIK

Teks : Nurul Hafizan
Gambar : Koleksi Peribadi

Mi kari..bila disebut boleh terbayangkan mi kuning disimbahi kuah kari (tambah-tambah letak kerang), dihiasi telur rebus,cili potong..memang MENYELERAKAN..tapi yang agak malang bagi saya, kesukaran menemukan mi kari terbaik, yang boleh lalu dek tekak ni..Biasanya kuah terlalu cair, rasa out, tapi harga mahal tak berbaloi langsung!

Biasalah kalau jiwa dah mak-mak ni..semuanya hendak dibuat sendiri..Hati ini yakin boleh buat sendiri! Bermulanya ketika buat rumah terbuka untuk jiran-jiran dan rakan terdekat..Menu pertama sudah ada,nasi ayam..Hendak digandingkan dengan mi goreng,bihun goreng, kedengaran biasa-biasa sahaja..Terfikirkan menu mi kari..Setelah jenuh menggodek Haji Google dan resepi telah diubah suai mengikut citarasa, akhirnya.. terjadilah Mee Kari tersedap pernah saya makan.Bukan nak puji diri sendiri, komen dari suami, adik beradik, jiran-jiran dan rakan-rakan yang cakap SEDAP! Untuk pengetahuan, ini juga menu POTLUCK pejabat dua minggu lepas!


Bahan Mee Kari

  • 2 kg mee kuning dicelur sebentar (kalau jemputan ramai, lebihkan)

Bahan Kuah Mee Kari
  • 1/2 kg ayam dipotong kecil
  • 1 - 2 kg kerang direbus dan ambil isinya (saya guna kerang siap kopek-rebus bersama asam keping dan garam)
  • 400 gm udang – dibersihkan dan kulitnya direbus. (Simpan air rebusan untuk kuah)
  • Isi udang dikisar
  • 2 ekor ketam - dibelah dua (penambah perisa)
  • 4 keping kek ikan -  dipotong sederhana nipis
  • 1 peket bebola ikan - dibelah dua
  • 1 paket rempah kari daging
  • 1 paket rempah kari ikan
  • 1 keping Asam Keping
  • 2 ketul ubi keledek – direbus dan dikisar (saya guna ubi kentang je)
  • Santan - 1 kg
  • Tauhu Pok - secukupnya (digoreng dahulu dan potong)
  • Garam secukup rasa
Bahan Tumis
  • 10 biji bawang merah hiris nipis
  • 4 biji bawang putih hiris nipis
  • halia dihiris nipis
  • bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis
  • Daun kari
  • Minyak untuk menumis
Bahan Tambahan
  • Telur direbus
  • Sawi dipotong dan dicelur
  • Taugeh
  • Bawang goreng
  • Cili merah dipotong nipis
  • Daun sup & daun bawang


Cara Masak Mee Kari

  1. Tumis bahan tumisan. Bila naik bau, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  2. Bila dah pecah minyak masukkan ayam. Kacau 3-4 minit.
  3. Masukkan udang kisar dan ketam yang dibelah dua.
  4. Masukkan air rebusan udang.
  5. Kacau hingga sebati, bolehlah tambahkan santan.
  6. Bila mendidih masukkan kek ikan dan bebola ikan serta asam keping.
  7. Masukkan ubi keledek/kentang yang telah dikisar.
  8. Jika suka bolehlah masukkan tauhu pok yang telah digoreng tadi.
  9. Akhir sekali masukkan kerang dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. Jangan masak kerang terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.
Masukkan garam secukup rasa.


Selamat Mencuba!

Monday, June 23, 2014

KEHEBATAN ESP

Energizing Soy Protein (ESP)




Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu


Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.



Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:


Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Siapa Perlukan ESP?



Kebaikan dan Khasiat Advanced Joint Health (AJHT) Shaklee

Sendi yang sihat bermakna tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecari sinovia(bendalir yang melicinkan sendi-sendi) iaitu komponen-komponen sendi; mendapat keperluan nutrisi mencukupi yang diserap oleh tubuh. Sendi yang sihat dan kuat dapat memberi keselesaan antara tulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Suplemen Terbaik Untuk Kesihatan Sendi


Advanced Joint Health Tablet Shaklee adalah makanan tambahan yang memelihara kesihatan sendi-sendi tubuh badan. Dalam tubuh badan kita terdapat beberapa sendi yang sering bekerja bagi memastikan setiap pergerakan dapat dilakukan. Sendi-sendi badan adalah:


Advanced Joint Health Tablet ini memberi manfaat kepada sendi melalui 3 cara:-


Menyokong keselesaan sendi

Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Membantu mengekalkan tulang rawan

Bertindak sebagai kusyen (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Memelihara tisu penyambung yang sihat

Tulang rawan menyusut secara semulajadi seiring dengan peningkatan usia. Tekanan fizikal yg berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaaan sendi dan pergerakan terbatas. 


Aktiviti biasa seperti membongkok, duduk dan berjalan menjadi begitu mencabar kepada mereka yang mengalami masalah sendi ini. Pencegahan awal perlu demi masa depan kita. Sakit atau tidak bukan ukuran untuk kita tidak mendapatkan nutrisi sendi. Sendi kita semakin longgar seiring dengan peningkatan usia kita. Lebih baik bertindak sebelum terlambat!

Hadiah Istimewa Untuk Ibu Bapa



Advance Joint Health Shaklee paling sesuai dijadikan buah tangan setiap bulan kepada ibu dan ayah kita. Pasti mereka tersenyum riang bilamana anak-anak menghargai kesihatan mereka sebagai ibu dan bapa.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:


Nurul Hafizan Abdul Rahman
♥ sms/whatsApp: 012-3356406
♥ Fb: www.facebook.com/Vitahealthcare & Beautyhouz sila klik LIKE utk info terkini








Wednesday, June 18, 2014

Kehebatan Alfalfa

Alfalfa Shaklee merupakan produk pertama sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950-an. Maka Alfalfa Shaklee merupakan produk signature Shaklee Corporation.

Kenapa Dr. Shaklee memilih Alfalfa Shaklee sebagai supplement pertama?

Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada jutaan manusia.

Kebaikan Alfalfa

  1. Kaya dengan vitamin dan mineral
  2. Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang.
  3. Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa
  4. Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan.
  5. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protien dan karbohidrat.
  6. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah.

20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

  1. Merawat gangguan pencernaan.
  2. Mengawal kolestrol dalam darah.
  3. Menghapuskan kolesterol buruk 'LDL' dari tubuh.
  4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.
  5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah.
  6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan.
  7. Mengurangkan simptom menopous.
  8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan.
  9. Merawat masalah sembelit.
  10. Menyahkan toksik dalam tubuh.
  11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi.
  12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
  13. Membantu masalah penghadaman.
  14. Membantu memperbanyakkan susu ibu.
  15. Mengurangkan masalah pundi kencing.
  16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati.
  17. Meningkatkan kesihatan prostat.
  18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita.
  19. Menghangatkan hubungan suami isteri.
  20. Membantu meningkatkan kesihatan lelaki.


Keistimewaan Alfalfa Shaklee

  1. Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang).
  2. Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia.
  3. Didatangkan dengan dua (2) saiz iaitu 330 biji dan 700 biji .
  4. Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi.
  5. Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit.
  6. Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
  7. Membersihkan hati.
  8. Membantu melengkapkan zat dan nutrien dalam pemakanan seseorang.


Harga sebotol Alfalfa Shaklee adalah:
330 biji = RM53.75 (Semenanjung)
RM56.25 (Sabah & Sarawak)
700 biji = RM97.50 (Semenanjung )
RM102.50 (Sabah & Sarawak)


NOTAKAKI : Sila jatuh hati dengan Alfalfa & rasa sendiri kehebatannya.Sangat bagus untuk perempuan & lelaki.




Tuesday, June 17, 2014

Kenapa Pilih B-Complex Shaklee


B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

  • Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma. 
  • Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
  • Vitamin B3~Membantu mengurangkan kolestrol di dalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental. 
  • Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang.
  • Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.
  • Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
  •  Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram
Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


B- Complex dari jenama Shaklee. Kenapa?

Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif~Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. ~Mudah di telan. ~Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin



Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

♡ TIPS CANTIK ♡

Teks : nurul hafizan
Gambar : Ihsan Google



Ramai dalam kalangan kita tersilap memilih rangkaian perawatan muka, terlalu percaya dengan pengedar "tidak bertauliah" sehingga muka yang elok menjadi teruk!

Tips saya, bagi muka yang mempunyai jerawat batu jenis nanah elakkan mengambil VITAMIN E & VITAMIN C untuk permulaan.

Dicadangkan, anda perlu mengamalkan GLA COMPLEX terlebih dahulu untuk menstabilkan kembali hormon dalam badan! Bila dah OK, barulah boleh amalkanVITAMIN E & VITAMIN C  untuk kecantikan kulit.

Hormon stabil, jerawat pun lari !

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Nurul Hafizan Abdul Rahman (Pengedar sah SHAKLEE anda :1085422)
♥ sms/whatsApp: 012-3356406
♥ Emel : nurulhafizan.rahman@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/Nurul Hafizan Arif sila klik LIKE utk info terkini Vitahealthcare & Beautyhouz

Fenomena MCC

Teks : Nurul Hafizan
Gambar : Koleksi Peribadi

"PERNAH MERASA KESEDAPAN CHOCOLATE CRUNCHY?"


Terbaru di pasaran. Monster's Chocolate Crunchy ( MCC ) adalah diperbuat daripada bahan 100% halal (disahkan HALAL oleh JAKIM). Produk BUMIPUTERA. 
Kami yakin Monster Choc pasti akan membuatkan selera anda membuak-buak dan ketagihan yang amat sangat dengan penangan gabungan bertih beras dan coklat premium yang lazat ini.
Kesedapan yang tidak terkata. Coklatnya yang cair di mulut dan ranggup di gigi. Betul-betul terangkat! Sekali makan pasti mahukan lagi!

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui :

Monday, June 16, 2014

Ayuh Bangkit

Gambar: Ihsan Google

Ada SATU soalan yang sangat menarik perhatian saya...

"Ramai dah org jual Shaklee..kt FB,blog..macam2 laa. Susah la nak dapat market kan..kawan-kawan pun ramai dah join Shaklee buat bisnes! Jadi,camane nak jual? Mesti susah kan?"

Cuba kita fikir..yang berada di depan mata. Contoh paling dekat, kedai makan,bakeri atau kedai tudung, baju dan sebagainya. Kedai berderet-deret, selang sebuah kadang tu.. Hidup sampai sekarang kan? Itu maknanya,rezeki ada je di mana-mana, asal ada usaha. Rezeki masing-masing Allah sudah tentukan. Banyak mana, bergantung pada usaha kita. Kenapa perlu risau atau takut tiada “sales” sedangkan belum pun mula apa2? Rakyat Malaysia ada berjuta-juta, takkan semua 1 juta tu beli kat seorang je? Rasional tak?

Jadi, jangan mudah fikir negatif sebelum anda cuba! Rugi! Orang lain sudah maju ke depan,anda masih di takuk lama..BANGKIT!

Jom positif kan diri! Rezeki Allah yang beri.. mintalah selalu! Berdoa bersungguh-sungguh!

~Inilah yang selalu diingatkan dalam group Shaklee kami. Bukan semata-mata mengejar harta dunia, malah lebih dari itu. Selalu diingatkan supaya lebih dekat padaNya! Ini lah juga salah satu sebab mengapa saya gembira sertai Shaklee!! Alhamdulillah..



Rezeki Perniagaan

Ramai yang menceburi bisnes kerana nak tambah pendapatan. Nak jadi kaya dengan cepat, dan tak mahu rugi. Yerlah siapa nak rugi dalam bisnes kan?

Hakikat berniaga tak boleh kaya dengan cepat.. Ia perlu masa. Ibarat pokok yang kita tanam, perlu masa untuk membesar, perlu dibaja dan disiram supaya ia boleh tumbuh dengan subur.


Tak mungkin tanam pokok hari ni, esok dah berbuah. Sama juga dengan bisnes, tak mungkin baru mula berbisnes, esok dah ramai yang beli dan jadi kaya raya.


Jadi, jika anda betul nak berbisnes, mulakan dengan niat dan ilmu. Jangan semangat mula-mula sahaja berkobar-kobar, lepas tu senyap. Rata-rata,tidak sabar dalam cabaran. Tak mahu berkorban, tak mahu berjuang. Tak tahan dengan teguran.


Perniagaan bukan satu bidang yang senang. Jika anda tidak tahan dengan sepak dan terajang dunia perniagaan, baik jangan mulakan. Hanya yang kuat dan sabar sahaja mampu bertahan. Buat semua rakan bisnes yang dah mulakan langkah dalam Shaklee. Konsisten, sabar dan doa. Mahirkan diri anda dengan ilmu perniagaan, mudah-mudahan kalian antara usahawan berjaya yang mampu bertahan..Idolakan mereka yang sudah berjaya..set target bukan angan-angan semata. Amin.


p/s : Jika kalian masih mencari-cari dan tercari-cari pendapatan sampingan yang halal, boleh menjana pendapatan dari rumah sendiri, jangan malu-malu dan ragu-ragu untuk menyertai kumpulan JUTAWAN yang sangat mantap!! Kami sedia membantu anda!!


Rezeki dari Allah

Saya jual Shaklee

Nurul Hafizan | Hp : 012-3356406
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1085422]
Fb : Nurulhafizan Arif | fanpage : Vitahealthcare & Beautyhouz

Email : nurulhafizan.rahman@gmail.com

Sunday, June 15, 2014

Bagaimana Hendak Mendaftar Sebagai Ahli SHAKLEE

Kelebihan dan Cara mendaftar Keahlian Shaklee

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee

Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya (sms/email untuk medapatkan no id) sebagai sponsor/upline.

Yuran keahlian Shaklee

Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 Semenanjung Malaysia / RM20 untuk Sabah/Sarawak untuk pengeposan member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch).

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee

Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tidak perlu risau nak maintain atau pembelian minimum.

Tidak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Benar, tidak perlu maintain point atau ada pembelian.

Apa yang diperlukan sekiranya saya nak daftar sendiri di branch?

Anda perlukan sponsor iaitu ahli berdaftar dengan Shaklee. Sila gunakan ID saya  (sms/email untuk mendapatkan no id) sekiranya anda berhasrat untuk bersama2 dengan saya (satu hari nanti ke) dalam bisnes Shaklee sendiri.

Apa nak buat jika saya dah daftar dengan orang lain tapi nak join bisnes Shaklee dengan saya?

Anda boleh tukar upline dengan register semula. Anda perlu membuat pembayaran untuk menjadi ahli seperti mula-mula mendaftar (step paling atas tadi). Anda boleh menggunakan ID saya sebagai sponsor anda,(sms/email untuk medapatkan no id).

Apa kelebihan jadi ahli Shaklee

Anda dapat membuat pembelian dengah harga ahli (boleh email ke nurulhafizan.rahman@gmail.com untuk mengetahui Pricelist Shaklee). Setiap pembelian, anda akan diberi points yang ditukar kepada cash setiap bulan.

Dengan menjadi ahli di bawah Shaklee2u (menggunakan ID saya sebagai sponsor), anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan team kami.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh terus hubungi saya di nurulhafizan.rahman@gmail.com atau sms/Wassup 012-3356406 untuk maklumat lanjut.


Wednesday, June 4, 2014

Pengenalan

Teks : Nurul Hafizan 
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum... Salam sejahtera. 
Alhamdulillah syukur. Berpeluang mengendalikan blog sendiri hasil bimbingan Puan Zaila bt Mohamad yang merupakan salah seorang guru Kelas Asas Blog dan Penulisan, Akademi Bekerja Dari Rumah dan tidak ketinggalan terima kasih pada kak "Rahayu Rashid" membuka jalan saya mengenali akademi ini.






Nama saya Nurul Hafizan Abdul Rahman. Dilahirkan dan dibesarkan di Terengganu. Berusia 29 tahun dan telah berkahwin dengan Mohamad Arif b. Jamaluddin, seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Mempunyai sepasang anak syurga, Auni Qistina 3 tahun dan Muhammad Arfan 4 bulan. 

Kerjaya

Berkelulusan Sijil Rekabentuk Grafik dari Politeknik Johor Bahru (sekarang dikenali sebagai Politeknik Ibrahim Sultan). Sebelum menjawat kerjaya terkini sebagai Pembantu Penerbitan di salah sebuah universiti pendidikan terawal, pelbagai pekerjaan telah dilakukan iaitu pereka grafik, kerani dan tidak ketinggalan pernah bekerja di 7 Eleven. 

Minat dan Kemahiran

Suka makanan "homemade", semestinya dimasak dengan kasih sayang dan mendorong minat utama saya adalah memasak! Pelbagai resepi menu masakan dikumpul dan diaplikasikan di dapur sendiri terutamanya resepi pantai timur. Lulus ujian membuat "nasi dagang ikan tongkol" yang agak renyah dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Suami dan anak yang lebih suka makan di rumah membuatkan saya lebih bersemangat pelbagaikan menu masakan. Saya, sebagaimana ibu-ibu lain yang mempunyai anak kecil, memang mengambil berat tentang pemakanan anak-anak. Disebabkan itu, saya cuba untuk lebih banyak membaca tentang pemakanan kanak-kanak dan berusaha memberikan yang terbaik untuk anak saya. 

Shaklee Di Hatiku

Berpengalaman menyusukan anak adalah momento terindah dalam hidup. Seperti ibu bekerjaya lain, saya akui penyusuan anak secara ekslusif adalah sangat mencabar. Jatuh cinta pandang pertama dengan Shaklee setelah mencuba set asas penyusuan bila mana terpaksa mengepam susu untuk si kecil dan tinggalkan kepada ibu di rumah untuk menjaga suami yang terlibat dengan kemalangan jalan raya. Syukur dipertemukan, sehinggalah sekarang saya masih mengamalkan pengambilan suplemen hebat dari Shaklee untuk meneruskan penyusuan ekslusif untuk bayi kedua saya. Saya juga Shaklee Independent Distributor (SID) aktif.

Hubungi saya

Sehingga berjumpa lagi. Semoga segalanya dipermudahkan dan diberkati Allah. 

Sekiranya anda berminat untuk mengenali dan bertanya dengan lebih lanjut tentang diri saya penulis blog ini,sila lawati di laman sosial facebook saya Nurul Hafizan Arif dan juga fanpage jualan produk Shaklee saya Vitahealthcare & Beautyhouz mahupun email terus kepada saya di nurulhafizan.rahman@gmail.com.

Wassalam.
Nurul Hafizan Abdul Rahman










Designed by UMIESUEstudio 2014 : NURUL HAFIZAN