Sunday, November 22, 2015

KALAU ORANG DAH TAK SUKA...

Kalian tentu tahu dalam hidup kita bila ada orang yang tak suka kita. Apa-apa pun kita harus terima dengan redha.

Bila dah usaha, tapi orang tetap tak suka, hanya pada Allah kita berserah, hanya pada Allah tempat mengadu. Semua yang terjadi dengan izinNya.

Mungkin ada kekurangan atau sikap menjengkelkan dalam diri kita yang buat orang tak suka kan? mungkin... siapa kita nak memaksa orang bukan?

Jadi.. belajarlah meredhai dengan semua ketentuan dariNya.

Undur diri, kadangkala itu yang terbaik.

Sunday, November 8, 2015

RESEPI TOK AJI SERBAN a.k.a PULUT SEKAYA

Assalamualaikum...

Kita bersiaran kali ini dengan kuih tradisional Terengganu TOK AJI SERBAN. Macam kelakar je namanya. Tapi rasa dia ummp!! Korang pernah makan tak? Tok aji serban ni memang popular di Terengganu, lagi-lagi kalau dibulan puasa. Kuihnya hampir menyerupai dengan seri muka tapi yang ini bukan warna hijau atas tapi warnanya coklat-coklat gitu.. sebab guna nisan @ gula melaka.... Rasanya pula macam sekaya dan di lapisan bawah pula adalah pulut. DiTerengganu kuih ini senang cari di Pasar Malam atau Pasar Tani. Warung tepi jalan pun ada, tapi bergantung kepada pembuatnya, ada yang sedap atau sesuai dengan tekak. Dan harganya agak mahal juga!

Hidup diperantauan perlulah bersiap siaga dengan tekak yang selalu minta macam-macam makanan tradisi. Melayan tekak maka terhasillah Tok Aji Serban air tangan sendiri. Hasilnya memuaskan, tapi boleh di'improve'kan lagi.


RESEPI TOK AJI SERBAN


Bahan-bahan
Lapisan Bawah

2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam


Lapisan Atas

3 cawan santan pekat
Sekeret nisan / 1 cawan gula melaka
5 biji telur
1 s/t garam


Cara Memasak
Lapisan Bawah

Basuhkan pulut dan rendamkan sejam (aku rendam setengah jam saja)
Buang air dan gaulkan bersama santan dan garam. 
(Simpulkan sehelai daun pandan untuk mewangikan)
Kukuskan 20 minit atau sehingga masak.
Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik. 

Cakarkan sedikit menggunakan garfu untuk mengelakkan pulut bercerai dengan sekaya.
Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.


Lapisan Atas

Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
Kukuskan lebih kurang 30 minit.
Sejukkan dahulu baru potong.

Pulut yang sudah siap dikukus. Mampatkan dan cakarkan sedikit.
Bancuhan untuk sekaya.
Bersedia untuk dikukus sekali lagi.
Tu dia! dah masak. 
Orang dah cakap SEJUKKAN dulu baru potong! Dasar kurang kesabaran di situ.
Benyet-benyet jadinya daku makan panas-panas! hahaha

Ps : Aku sertakan link Wikipedia untuk korang yang tak tahu apa itu Tok Aji Serban. hehehe..

Friday, November 6, 2015

HAKIKAT PERSAHABATAN

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah SWT ini. Dalam kiraan hari hendak menjangkau usia 30 ini, aku masih terfikir SIAPA yang betul-betul menjadi kawan. Kawan yang sangat baik. Sentiasa ada dikala serabut, tatkala aku banyak sangat masalah, tatkala kabur disebabkan perihal manusia yang pelbagai.

Tapi, semenjak tahu erti kehidupan ini, banyak perkara buat aku makan hati dengan perangai kawan-kawan, banyak perkara buat aku terkilan, banyak beralah dengan mereka. Namun semuanya mematangkan aku untuk menghadapi langkahan pada masa hadapan. 

DAN berapa ramai dalam kalangan mereka yang betul-betul menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang KAWAN? 

  1. KAWAN bukan seorang yang sentiasa ada di mana kita ada, sentiasa buat perkara yang sama dengan kita, sentiasa bergelak ketawa dengan kita, tapi KAWAN ialah seorang yang sudi dengar masalah kita, dan membuatkan kita tenang, bukan bertambah serabut.
  2. KAWAN tidak boleh dibina dalam masa sekejap, KAWAN perlu dibina dengan masa yang sangat panjang. KAWAN yang dibina dalam masa sekejap, dia tidak mampu mengenal siapa diri kita.
  3. Kalau kawan kita selalu buat kita terasa, maka tinggalkanlah dia. Dia tak layak digelar KAWAN.
  4. Jadilah seorang KAWAN yang baik, dan bila kita bertemu dengan KAWAN yang baik, jangan tinggalkan dia. Hargailah dia.
"BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA"

Dan aku tidak menyatakan aku ini seorang manusia yang mampu menjadi RAKAN yang baik pada kalian. Masih berusaha memperbaiki diri. Masih bermuhasabah diri, adakah perilaku aku buat orang suka atau sebaliknya. 


Jangan sia-siakan masa, kalau ada KAWAN anda yang mula menjauhkan diri, berusahalah TURUNKAN EGO dan sambungkanlah UKHUWAH yang longgar itu...

Sebab andai tercabut, menyesal kemudian tiada berguna.
Designed by UMIESUEstudio 2014 : NURUL HAFIZAN