Monday, May 23, 2016

DE'XANDRA COUPLE SET

Kenapa De'Xandra couple set?

Sebab kombinasi 2 bau yang dipadankan ni akan hasilkan keserasian bau antara pasangan. Bila notes bau serasi, barulah keharmonian bau tu serasi bersama bila kita dan pasangan pakai perfume masing-masing.


Jadi, tidaklah la bau-bau tu memeningkan kepala.
Haaa gitu la konsep mudah nak fahamnya.


DE'XANDRA BVLGARI (untuk lelaki dan wanita)


DE'XANDRA CAROLINA HERRERA (untuk lelaki dan wanita)

DE'XANDRA CHANEL (untuk lelaki dan wanita)

DE'XANDRA THIERRY MUGLER (untuk lelaki dan wanita)

DE'XANDRA VERSACE (untuk lelaki dan wanita)


Harga couple set:
Normal price: RM130 + RM10 postage

Harga best: RM120 + RM10 postage

Dexandra Katy Perry Purr (For Women)


KATEGORI
Fruity Floral Vanilla

AURA WANGIAN
Lady like, sexy, charm, alluring

PENGGUNAAN
Ofis, Casual, Special Occassion.

KEKUATAN BAU / SILLAGE
Moderate

DE'XANDRA 35ml EDP
Spray 2-3 spritz sehari cukup penggunaan untuk 2-3 bulan. Spray 4-5 spritz sehari cukup untuk penggunaan sebulan. Dexandra DIJAMIN bau wangiannya mirip original dan bertahan sehingga 8 jam jika spray di nadi dan sehingga 2 atau lebih hari pada pakaian.

KATEGORI
Walaupun Dexandra Katy Perry Purr adalah wangian vanilla based, tetapi ia dikelaskan dalam kategori fruity floral. 
Dexandra Purr ni bau fruity floralnya lebih major 
berbanding bau vanilla. 
Anda boleh bau aroma sweet fruity, white floral and coconut dari awal hingga ke dry down. Cuma, bila entering middle dan dry down; bau powdery vanilla lebih menyerlah, menjadikan Purr lebih creamy, soft and delicate sehinggalah ke akhir baunya.

Berbanding perfume vanilla based yang lain, Dexandra Purr adalah jenis wangian yang lebih 'women' berbanding 'girly'. 
Tidak kisah peringkat umur anda, as long anda suka kan bau perfume vanilla with fruity floral, perfume ni memang sesuai untuk anda!

AURA WANGIAN
Dexandra Katy Perry Purr memberikan aura lady like, charm, sexy and alluring.
Wangiannya tidak daring, tetapi sangat pleasant dan adaptable for people surrounding. 


PENGGUNAAN
Perfume versatile, sesuai dipakai untuk semua occassion termasuk lah ke ofis.
Tidak kisah siang atau malam, pakai je Dexandra Purr ni, nothing wrong with it.
But as usual, sebab ade kesan sexiness dalam perfume ni, pakai malam baunya lebih WOW!!

KEKUATAN BAU
Dexandra Katy Perry Purr mempunyai sillage yang moderate sahaja.
Sekali spray memang semerbak bau ke segenap sudut, tetapi tidak meninggalkan 'trail' atau 'ekor' bau terlalu lama.

NOTA KAKI
Anda boleh jadikan info ini sebagai panduan umum untuk memilih wangian, tetapi hasil terbaik setiap perfume sama ada yang inspired atau original tetap bergantung pada keserasian bau perfume dengan chemistry badan anda sendiri. 
Jika anda mengalami masalah bau badan atau peluh berbau sangat ketara, atau kulit terlalu kering; mungkin anda akan perolehi hasil wangian yang berbeza daripada yang sepatutnya.


BERMINAT UNTUK BERWANGI-WANGIAN?
Wassup/PM: 012-3356406 (nurul hafizan)
DE'XANDRA TANJONG MALIM

Monday, April 11, 2016

De'Xandra Couple Set| Bond 9

Masih tercari-cari bauan De'Xandra mana satukah untuk diri anda dan pasangan?


De'Xandra Couple Set:
The Scent of Peace: Bond 9 
for Her & for Him

ialah pilihan yang patut anda cuba!


Bandingkan harganya.
Jika boleh berjimat, mengapa nak bayar lebih?
Sedangkan kualiti De'Xandra hampir setanding yang original.


Harga:

Sebotol: RM65 / RM70 (SS)


2 botol: RM120 / RM130 (SS)


Whatsapp :: 012-3356406 (nurulHafizan)

Sunday, November 22, 2015

KALAU ORANG DAH TAK SUKA...

Kalian tentu tahu dalam hidup kita bila ada orang yang tak suka kita. Apa-apa pun kita harus terima dengan redha.

Bila dah usaha, tapi orang tetap tak suka, hanya pada Allah kita berserah, hanya pada Allah tempat mengadu. Semua yang terjadi dengan izinNya.

Mungkin ada kekurangan atau sikap menjengkelkan dalam diri kita yang buat orang tak suka kan? mungkin... siapa kita nak memaksa orang bukan?

Jadi.. belajarlah meredhai dengan semua ketentuan dariNya.

Undur diri, kadangkala itu yang terbaik.

Sunday, November 8, 2015

RESEPI TOK AJI SERBAN a.k.a PULUT SEKAYA

Assalamualaikum...

Kita bersiaran kali ini dengan kuih tradisional Terengganu TOK AJI SERBAN. Macam kelakar je namanya. Tapi rasa dia ummp!! Korang pernah makan tak? Tok aji serban ni memang popular di Terengganu, lagi-lagi kalau dibulan puasa. Kuihnya hampir menyerupai dengan seri muka tapi yang ini bukan warna hijau atas tapi warnanya coklat-coklat gitu.. sebab guna nisan @ gula melaka.... Rasanya pula macam sekaya dan di lapisan bawah pula adalah pulut. DiTerengganu kuih ini senang cari di Pasar Malam atau Pasar Tani. Warung tepi jalan pun ada, tapi bergantung kepada pembuatnya, ada yang sedap atau sesuai dengan tekak. Dan harganya agak mahal juga!

Hidup diperantauan perlulah bersiap siaga dengan tekak yang selalu minta macam-macam makanan tradisi. Melayan tekak maka terhasillah Tok Aji Serban air tangan sendiri. Hasilnya memuaskan, tapi boleh di'improve'kan lagi.


RESEPI TOK AJI SERBAN


Bahan-bahan
Lapisan Bawah

2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam


Lapisan Atas

3 cawan santan pekat
Sekeret nisan / 1 cawan gula melaka
5 biji telur
1 s/t garam


Cara Memasak
Lapisan Bawah

Basuhkan pulut dan rendamkan sejam (aku rendam setengah jam saja)
Buang air dan gaulkan bersama santan dan garam. 
(Simpulkan sehelai daun pandan untuk mewangikan)
Kukuskan 20 minit atau sehingga masak.
Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik. 

Cakarkan sedikit menggunakan garfu untuk mengelakkan pulut bercerai dengan sekaya.
Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.


Lapisan Atas

Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
Kukuskan lebih kurang 30 minit.
Sejukkan dahulu baru potong.

Pulut yang sudah siap dikukus. Mampatkan dan cakarkan sedikit.
Bancuhan untuk sekaya.
Bersedia untuk dikukus sekali lagi.
Tu dia! dah masak. 
Orang dah cakap SEJUKKAN dulu baru potong! Dasar kurang kesabaran di situ.
Benyet-benyet jadinya daku makan panas-panas! hahaha

Ps : Aku sertakan link Wikipedia untuk korang yang tak tahu apa itu Tok Aji Serban. hehehe..

Friday, November 6, 2015

HAKIKAT PERSAHABATAN

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah SWT ini. Dalam kiraan hari hendak menjangkau usia 30 ini, aku masih terfikir SIAPA yang betul-betul menjadi kawan. Kawan yang sangat baik. Sentiasa ada dikala serabut, tatkala aku banyak sangat masalah, tatkala kabur disebabkan perihal manusia yang pelbagai.

Tapi, semenjak tahu erti kehidupan ini, banyak perkara buat aku makan hati dengan perangai kawan-kawan, banyak perkara buat aku terkilan, banyak beralah dengan mereka. Namun semuanya mematangkan aku untuk menghadapi langkahan pada masa hadapan. 

DAN berapa ramai dalam kalangan mereka yang betul-betul menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang KAWAN? 

  1. KAWAN bukan seorang yang sentiasa ada di mana kita ada, sentiasa buat perkara yang sama dengan kita, sentiasa bergelak ketawa dengan kita, tapi KAWAN ialah seorang yang sudi dengar masalah kita, dan membuatkan kita tenang, bukan bertambah serabut.
  2. KAWAN tidak boleh dibina dalam masa sekejap, KAWAN perlu dibina dengan masa yang sangat panjang. KAWAN yang dibina dalam masa sekejap, dia tidak mampu mengenal siapa diri kita.
  3. Kalau kawan kita selalu buat kita terasa, maka tinggalkanlah dia. Dia tak layak digelar KAWAN.
  4. Jadilah seorang KAWAN yang baik, dan bila kita bertemu dengan KAWAN yang baik, jangan tinggalkan dia. Hargailah dia.
"BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA"

Dan aku tidak menyatakan aku ini seorang manusia yang mampu menjadi RAKAN yang baik pada kalian. Masih berusaha memperbaiki diri. Masih bermuhasabah diri, adakah perilaku aku buat orang suka atau sebaliknya. 


Jangan sia-siakan masa, kalau ada KAWAN anda yang mula menjauhkan diri, berusahalah TURUNKAN EGO dan sambungkanlah UKHUWAH yang longgar itu...

Sebab andai tercabut, menyesal kemudian tiada berguna.

Monday, September 28, 2015

FOOD REVIEW: Pekena Cendol Best di Batang Kali

Assalamualaikum..

Musim Panas! musim yang sesuai untuk minum dan makan makanan sejuk. Antaranya adalah cendol! Mencari dimana cendol sedap di kawasan jajahan Hulu Selangor ni ye. Erm.

Hasil tangkapan di Facebook menemukan kami dengan tempat makan cendol best di Batang Kali.

Cendol Durian dan rojak

Fuhhhh!!!

Yang ni belut paprik. Aku tak makan en.suami je layan belut ni.
tapi kuah dia sedap.hee

Ada beberapa pilihan cendol yang ada disini iaitu Cendol biasa, Cendol Pulut dan Cendol Tapai dan Cendol Durian. Selain dari cendol ada juga Laksa Utara, bermacam jenis Rojak, nasi ayam dan bubur nasi. Kedai ini juga turut menyediakan masakan goreng panas. Masakannya juga sedap!

Kombinasi terbaik apabila boleh minum petang cendol dengan laksa! Harga amat berpatutan. Tempat yang boleh disinggah untuk melepaskan rasa penat dan dahaga ketika pemanduan. Yang penting kena cuba dulu! Lain orang lain seleranya.

Lain kali boleh datang singgah makan cendol disini lagi. Nak makan cendol? Boleh terjah alamat dibawah:

Cendol Pak Samat
Lot 532 Jalan Besar
Kampong Sentosa
44300 Batang Kali 
Selangor Darul Ehsan

Kalau korang memandu (jalan dalam) ke Utara kedainya sebelah kiri selepas trafik light. Tapi kalau ke arah Selatan kedainya sebelah kanan. Alahh senang je..
Designed by UMIESUEstudio 2014 : NURUL HAFIZAN