Wednesday, July 16, 2014

PERBEZAAN LECITHIN SHAKLEE DENGAN JENAMA LAIN

  • Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya
  • Diekstrak dari kacang soya non-GMO
  • Setiap kapsul gel mengandungi 530mg lecithin, termasuk 80mg fosfatidilkolina dan 48mg fosfatidilinositol.
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan



MANFAAT UTAMA LECITHIN SHAKLEE:

  • Menyerap vitamin yang larut lemak - Membantu tubuh badan  menyerap vitamin A,D, E dan K yang larut lemak
  • Melindungi hati - Menghalang enapan lemak di hati, sirosi hati dan hati berlemak. Ia juga membantu memulihkan kesihatan hati
  • Pemecahan lemak dan kolesterol - Lecithin bertindak sebagai "pembersih darah" salurdarah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan memetabolisme lemak, kolesterol dan trigliserid dalam tubuh badan.
  • Pelangsingan - Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang. 
  • Mencantikkan otot dan kulit - Membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan penuaan.
  • Memperbaiki alergi - Menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung dalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit, dermatitis, demam alergi.
  • Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolesterol, lecithin mengemusi kolesterol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress - Mengandungi kolin yang membentuk neurotransmitter untuk sarah kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. 
  • Menghalang tekanan darah tinggi - Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklorosi, menggalakkan peredaran darah
  • Memperbaiki prostat lelaki - Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak
  • Meringankan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

HARGA

Sebotol Lecithin Shaklee mengandungi  180 capsules

Harga runcit: RM52 (tidak termasuk kos penghantaran)
(pm untuk dapatkan harga istimewa)

BERMINAT?

Hubungi:
Nurul Hafizan 
Pengedar Shaklee Pilihan No.1 Rakyat Malaysia

SMS/WHATSAPP ke 012-3356406 

RESEPI ROTI PURI

Teks : Nurul Hafizan
Gambar : Koleksi Peribadi

Bukan senang sebenarnya hendak jadi wanita bekerja dan merangkap isteri dan ibu. Biasanya hari mereka hanya hujung minggu sahaja. Teringin juga kan nak sediakan makanan air tangan untuk suami dan anak-anak. 

Meh saya kongsikan resepi yang sangat mudah dan pantas serta mengenyangkan..Bukan setakat senang, mak-mak boleh ajak anak-anak membuatnya bersama-sama. Mesti gembira bila dapat memasak bersama kan?

Bahan-bahan:-

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis (mauripan)
1/2 sudu kecil garam**
3 sudu besar minyak masak**
2 sudu besar gula**
175ml air panas**

cara:-

satukan bahan tanda ** kacau hingga gula larut
satukan tepung gandum dan yis
campurkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh
canai dan goreng!

Sebenarnya dah beberapa kali buat roti puri ni.. memang sangat pantas penyediaannya sesuai sangat untuk makan pagi dan minum petang.. cicah pulak dengan sambal sardin atau kuah kari.. Memang terangkat!




Wednesday, July 2, 2014

Permata Hati Anugerah Allah Yang Tiada Terhingga

Teks: Nurul Hafizan
Gambar : Peribadi

Antara sedar atau sengaja, adakalanya kita biasanya membiarkan perkara ini berlalu tanpa sedikit pun rasa sesal atau bersalah. Pernahkah kita sama-sama terfikir bahawa kita telah mengabaikan dan cuba membiarkan permata hati kita semakin jauh dari kita…

Bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, apabila pulang ke rumah anak-anak meragam, terus kita menghukum dengan memarahi ataupun memukul mereka. Tidak salahpun bila anak meragam cuba peluk dan tanya KENAPA meragam dan pujilah anak-anak kita". Tetapi bagi kita dengan cara memarahi dan memukul itulah, kita dapat mendidik mereka menjadi anak yang baik. 


Sebenarnya kita leka, bahawa anak-anak sedang memancing kasih sayang dari ibu ayahnya. Mereka cuba menarik perhatian ibu bapa dengan tingkah laku yang kadangnya tidak masuk akal dan menguji kesabaran. Sebenarnya bila kita letih bekerja, dan kita dihadiahkan dengan senyuman oleh anak-anak, keletihan akan hilang serta-merta.
Anak-anak adalah permata hati yang dianugerahkan oleh Yang Maha Esa untuk disayangi, dididik dan dijaga dengan penuh kasih sayang tanpa berbelah bagi.

Kamu.. pengarang jantung beta...terima kasih Allah..

“ Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. JANGAN kita abaikan tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa dalam mengejar arus kehidupan yang penuh dengan cabaran…

SEBALIKNYA cubalah kita sama-sama merebut peluang dengan memberikan kasih sayang buat anak-anak dari kecil untuk kita pula merebut kasih sayang dari anak-anak bila mereka dewasa nanti. Kasih sayang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit yang kita kejar selama ini tetapi hanya dengan sedikit pengorbanan meluangkan masa emas kita dengan cuba membelai dan berdoa semoga PERMATA HATI KITA MENJADI ANAK-ANAK YANG SOLEH DI DUNIA DAN AKHIRAT…

Ingatan buat diri dan juga ibu bapa…


mode : menunggu detik-detik Punch out.. =)
Designed by UMIESUEstudio 2014 : NURUL HAFIZAN