Monday, October 13, 2014

TIPS CEPAT MEMASAK UNTUK IBU YANG SIBUK

TIPS CEPAT MEMASAK 

Saya hendak kongsikan bagaimana  tips cepat memasak untuk ibu-ibu bekerja di luar sana. Juga boleh diaplikasikan untuk memasak seharian untuk sekeluarga. Memanglah di Malaysia ni banyak kedai yang menyediakan menu yang sedap, tetapi tidak terjamin kebersihannya. Tapi takkanlah hari-hari nak makan di kedai, jemulah. Seboleh-bolehnya biarlah 'air tangan' ibu atau isteri untuk santapan suami dan anak-anak. 

Penyediaan bahan mentah
  1. Seminggu sekali memang saya meWAJIBkan diri ke pasar untuk membeli barang-barang basah keperluan seminggu. Ketika membeli, minta penjual potong siap-siap bahan mentah tersebut. Contohnya; kalau minggu tu kita nak buat sup ayam, minta penjual ayam potong kecil-kecil ayam kita tu, kalau nak buat nasi ayam, potonglah empat. Elakkan beli ayam seekor yang kita terpaksa potong sendiri di rumah.
  2. Jika ikan, minta penjual buang terus sisik dan potong ikan yang dibeli kepada beberapa bahagian yang kita nak. (kalau beli ikan besar-besar macam siakap, kalau beli ikan kembung, siang sendiri la di rumah).
  3. Jadi, bila bahan mentah dah siap dipotong mengikut menu kita, balik rumah kita hanya perlu membersihkannya. Bila dah siap cuci, bungkus bahan mentah mengikut kegunaan harian, jangan masuk semua dalam satu bekas atau satu plastik sebab ia akan menyukarkan kita bila nak masak nanti.

    Saya terus mengasingkan dalam bekas-bekas yang kecil bersesuaian dengan keperluan memasak. Contohnya, untuk masakan anak-anak seharian, asingkan ayam, ikan, udang dan lain-lain ke dalam bekas-bekas mini. Cukuplah defrost sebekas kecil, tak perlu keluarkan kesemua bahan basah tersebut.
  4. Begitu juga dengan pemilihan sayur, pastikan sayur yang dipilih segar. Asingkan sayur mengikut jenis. Tips sebelum anda menyimpan sayur berdaun, pastikan dibasuh dan keringkan barulah diasingkan dalam beg plastik. Simpan sayur mengikut jenis bukan dicampur terus dengan semua jenis.

Teknik Memasak Satu Lauk Lengkap

Satu lagi tips yang boleh digunapakai. Masak satu lauk lengkap seperti tomyam, paprik, sweet sour, masak kicap atau apa jua yang boleh dimasukkan ayam, ikan, udang beserta sayuran ke dalam satu periuk. Apa jenis lauk tu tidak penting, yang penting cukup khasiatnya!

Satu lagi cara ialah tidak perlu masak sayur, makan sahaja ulam-ulaman segar. Cara ini lebih sihat kan?


.......................................................................................................................................................

Antara tips-tips yang selalu saya amalkan di dapur, memudahkan dan menjimatkan masa. Perasaan sangat gembira apabila dapat menyediakan makanan yang terjamin dari segi kebersihan. Walaupun penat memasak, air tangan pasti akan ada kesannya jika selangi dengan selawat dan zikir. Suami bertambah cinta, anak-anak suka dan kita juga bahagia! Ingatlah memberi itu lebih bahagia dari menerima…

Kita bersambung pada Bahagian Dua 'AIR TANGAN IBU' pada masa akan datang..


Assalamualaikum..
Ikhlas dari hati
nurulhafizan Rahman



No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014 : NURUL HAFIZAN