Tuesday, October 14, 2014

AIR TANGAN IBU BEKERJA

Assalamualaikum semua...

Tidak dinafikan ramai dalam golongan ibu-ibu yang bekerja yang suka beralasan TIADA MASA hendak menyediakan juadah untuk anak-anak hatta sarapan pagi. Pemilihan makanan 'instant' seringkali dilihat sebagai tabiat yang sukar dibendung. Dan kita sendiri sedia maklum kandungan dalam makanan 'instant' tersebut amatlah tidak sihat.


Oleh sebab kesedaran yang tinggi, saya ambil inisiatif untuk memasak sendiri 'BENTO' anak-anak ke rumah pengasuh. Mujurlah si matahari sulung bukan jenis memilih makanan. Kegemaran yang tidak boleh ditinggalkan ialah semua jenis pasta tidak kira makaroni, spagetti, spiral dan lain-lain yang dimasak sup atau digoreng. (omputeh sungguh)!


Saya ingin kongsikan beberapa perkara mudah yang boleh dibuat oleh ibu-ibu sibuk yang mahu menyediakan bekalan untuk anak-anak tersayang. Tetapi perlu diingat, memasak juga memerlukan KEBIJAKSANAAN dan PERANCANGAN AWAL juga. 





TIPS 

  1. Kami anak beranak memang suka makan makanan yang berasaskan sup seperti sup ayam dan tulang. Tidak ketinggalan soto yang biasanya wajib dimasak sebulan sekali. TIPS yang paling senang untuk memudahkan ibu-ibu menyediakan makanan untuk anak-anak JANGAN BUANG lebihan sup tersebut. Tapis sup tersebut dan simpan di dalam bekas yang bersaiz kecil dan bekukan di bahagian freezer. Bila-bila masa sahaja anda boleh gunakan hanya perlu panaskan dan tambahkan semula ayam/daging dan juga sayur-sayuran. Kan senang...
  2. Cara mudah untuk menyediakan makanan bergoreng untuk anak-anak ialah dengan PES segera gorengan dengan kuantiti yang banyak. Mudah sahaja! Bekukan di bahagian freezer dan sedia untuk digunakan bila-bila masa sahaja. Resepi pes ini juga sesuai untuk anak-anak yang tidak gemar makan sayur. Sebenarnya, resepinya adalah sama dengan homemade sos bolognese.Nak tahu resepi?

    RESEPI PES GORENGAN SEGERA

    5 biji Tomato masak ranum - buang biji
    2 biji Bawang putih
    1 biji Bawang Holland
    1/2 batang Saderi (nak lebih pun boleh)
    1/2 batang Lobak merah

    Semua bahan dikisar menggunakan sedikit air dan tumis menggunakan minyak zaitun dengan api yang kecil sehingga bertukar warna. Tambah sedikit gula perang untuk seimbangkan rasa masam manisnya. Asingkan di dalam bekas kecil dan bekukan di bahagian freezer. Selamat mencuba!
  3. Sekiranya mahu memasak mi, spageti atau bihun dengan cepat untuk sarapan pagi, pastikan sebelum tidur anda telah menyediakan bahan basah terlebih dahulu dan menyimpannya di dalam peti ais. Esok hanya tinggal campak ke dalam kuali sahaja! Siap!=)
  4. Untuk bubur bayi, saya mencadangkan penggunaan slow cooker. Harga tidaklah terlalu mahal dan sangat berbaloi sebenarnya. Letak beras dan air dan tunggu sahaja menjadi bubur keesokan harinya. Hanya perlu menambah lauk dan sayuran sahaja. Siap!
Pon Pon!! BENTO dah siap!

Diharap dengan sedikit sebanyak perkongsian ini akan memudahkan lagi ibu-ibu di luar sana. OK lah di lain entry kita sambung ye!







No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014 : NURUL HAFIZAN