Wednesday, July 2, 2014

Permata Hati Anugerah Allah Yang Tiada Terhingga

Teks: Nurul Hafizan
Gambar : Peribadi

Antara sedar atau sengaja, adakalanya kita biasanya membiarkan perkara ini berlalu tanpa sedikit pun rasa sesal atau bersalah. Pernahkah kita sama-sama terfikir bahawa kita telah mengabaikan dan cuba membiarkan permata hati kita semakin jauh dari kita…

Bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, apabila pulang ke rumah anak-anak meragam, terus kita menghukum dengan memarahi ataupun memukul mereka. Tidak salahpun bila anak meragam cuba peluk dan tanya KENAPA meragam dan pujilah anak-anak kita". Tetapi bagi kita dengan cara memarahi dan memukul itulah, kita dapat mendidik mereka menjadi anak yang baik. 


Sebenarnya kita leka, bahawa anak-anak sedang memancing kasih sayang dari ibu ayahnya. Mereka cuba menarik perhatian ibu bapa dengan tingkah laku yang kadangnya tidak masuk akal dan menguji kesabaran. Sebenarnya bila kita letih bekerja, dan kita dihadiahkan dengan senyuman oleh anak-anak, keletihan akan hilang serta-merta.
Anak-anak adalah permata hati yang dianugerahkan oleh Yang Maha Esa untuk disayangi, dididik dan dijaga dengan penuh kasih sayang tanpa berbelah bagi.

Kamu.. pengarang jantung beta...terima kasih Allah..

“ Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. JANGAN kita abaikan tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa dalam mengejar arus kehidupan yang penuh dengan cabaran…

SEBALIKNYA cubalah kita sama-sama merebut peluang dengan memberikan kasih sayang buat anak-anak dari kecil untuk kita pula merebut kasih sayang dari anak-anak bila mereka dewasa nanti. Kasih sayang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit yang kita kejar selama ini tetapi hanya dengan sedikit pengorbanan meluangkan masa emas kita dengan cuba membelai dan berdoa semoga PERMATA HATI KITA MENJADI ANAK-ANAK YANG SOLEH DI DUNIA DAN AKHIRAT…

Ingatan buat diri dan juga ibu bapa…


mode : menunggu detik-detik Punch out.. =)

No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014 : NURUL HAFIZAN