Monday, June 23, 2014

Kebaikan dan Khasiat Advanced Joint Health (AJHT) Shaklee

Sendi yang sihat bermakna tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecari sinovia(bendalir yang melicinkan sendi-sendi) iaitu komponen-komponen sendi; mendapat keperluan nutrisi mencukupi yang diserap oleh tubuh. Sendi yang sihat dan kuat dapat memberi keselesaan antara tulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Suplemen Terbaik Untuk Kesihatan Sendi


Advanced Joint Health Tablet Shaklee adalah makanan tambahan yang memelihara kesihatan sendi-sendi tubuh badan. Dalam tubuh badan kita terdapat beberapa sendi yang sering bekerja bagi memastikan setiap pergerakan dapat dilakukan. Sendi-sendi badan adalah:


Advanced Joint Health Tablet ini memberi manfaat kepada sendi melalui 3 cara:-


Menyokong keselesaan sendi

Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Membantu mengekalkan tulang rawan

Bertindak sebagai kusyen (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Memelihara tisu penyambung yang sihat

Tulang rawan menyusut secara semulajadi seiring dengan peningkatan usia. Tekanan fizikal yg berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaaan sendi dan pergerakan terbatas. 


Aktiviti biasa seperti membongkok, duduk dan berjalan menjadi begitu mencabar kepada mereka yang mengalami masalah sendi ini. Pencegahan awal perlu demi masa depan kita. Sakit atau tidak bukan ukuran untuk kita tidak mendapatkan nutrisi sendi. Sendi kita semakin longgar seiring dengan peningkatan usia kita. Lebih baik bertindak sebelum terlambat!

Hadiah Istimewa Untuk Ibu Bapa



Advance Joint Health Shaklee paling sesuai dijadikan buah tangan setiap bulan kepada ibu dan ayah kita. Pasti mereka tersenyum riang bilamana anak-anak menghargai kesihatan mereka sebagai ibu dan bapa.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:


Nurul Hafizan Abdul Rahman
♥ sms/whatsApp: 012-3356406
♥ Fb: www.facebook.com/Vitahealthcare & Beautyhouz sila klik LIKE utk info terkini








No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014 : NURUL HAFIZAN